Ringkasan Balada (filem)

Desa sayangkan ibunya dan sebidang tanah pusaka peninggalan arwah bapanya semasa dia melibatkan diri dalam politik tanah air. Desa sedar bahawa kalau tanah itu jatuh ke tangan orang, tiada ertinya hidup sebagai orang Melayu yang telah mewarisi Tanah Melayu ini. Desa perlukan wangnya untul menebus balik tanah tersebut. Rakannya memberitahu bahawa tempat yang senang mendapatkan wang, terutama dengan bakat seperti Desa, ialah Kuala Lumpur untuk mencari kerja untuk menebus pergaulannya dengan masyarakat kota. Oleh kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat kota, dia pulang ke kampung.